Saturday, October 6, 2012

PROGRAM MOHON RESTU ILMU CALON PMR 2012










Program Mohon Restu Ilmu Khas untuk Calon PMR 2012 telah diadakan pada 05 Oktober 2012 bertempat di Dewan Persona SMKE. Program dimulakan dengan taklimat dan slot motivasi oleh guru bimbingan & kaunseling. Penyampaian cenderahati berupa alat tulis disempurnakan oleh YDP PIBG, En. Salamun Ali. Pelajar bersalaman bersama ibu bapa dan guru-guru untuk memohon restu sebelum menduduki peperiksaan PMR pada minggu hadapan. Seterusnya, pelajar diberi jamuan ringan dan makan bersama-sama di dalam dewan. Program diakhiri dengan aktiviti Solat Hajat Perdana dan Bacaan Yasin.

No comments:

Post a Comment