Tuesday, March 29, 2011

TAKLIMAT PERMOHONAN PROGRAM PENAJAAN PENDIDIKAN PETRONAS KEPADA PELAJAR-PELAJAR CEMERLANG SABAH UNTUK SPM 2010

Semua Pengetua,

Daerah Sandakan.

Tuan,

TAKLIMAT PERMOHONAN PROGRAM PENAJAAN PENDIDIKAN PETRONAS KEPADA PELAJAR-PELAJAR CEMERLANG SABAH UNTUK SPM 2010

Dengan hormat perkara di atas adalah dirujuk.

02. Sukacita dimaklumkan PETRONAS akan mengadakan sesi taklimat mengenai peluang penajaan pendidikan PETRONAS untuk pelajar-pelajar cemerlang dari Sabah yang menduduki peperiksaan SPM untuk tahun 2010. Tarikh dan tempat taklimat adalah seperti berikut :

2.1 Tempat : Hotel Sandakan, Sandakan

2.2 Tarikh : 31 Mac 2011 (Khamis)

2.3 Masa : 9.00 pagi – 11.00 pagi

03. Untuk itu, pemohon yang berminat diminta menyediakan dokumen berikut :

3.1 Salinan Kad Pengenalan Pemohon

3.2 Salinan Sijil Kelahiran Pemohon

3.3 Salinan Keputusan SPM 2010

3.4 Sijil-sijil Kegiatan Kokurikulum

3.5 Salinan Kad Pengenalan / Sijil Kematian Bapa / Penjaga

3.6 Salinan Sijil Kelahiran Bapa / Penjaga

3.7 Salinan Kad Pengenalan / Sijil Kematian Ibu

3.8 Salinan Sijil Kelahiran Ibu

3.9 Salinan Terkini Slip Gaji / Borang J Bapa / Penjaga

3.10 Salinan Terkini Slip Gaji / Borang J Ibu

04. Perhatian tuan/puan dalam perkara ini amat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian. Terima kasih.

(Surat ini diambil dari web Pejabat Pelajaran Daerah Sandakan)


Sunday, March 20, 2011

KEPUTUSAN SPM TAHUN 2010

Keputusan SPM Tahun 2010 akan diumumkan pada 23 Mac 2011.

Thursday, March 17, 2011

PERMOHONAN MELANJUTKAN PELAJARAN SELEPAS SPM DAN STPM

Salam. Peringatan ini khusus buat calon-calon SPM dan STPM 2010 SMK. Elopura. Anda diingatkan sentiasa prihatin dengan iklan-iklan yang dikeluarkan samada melalui media cetak atau media elektronik berkaitan peluang melanjutkan pelajaran. Blog ini menyediakan beberapa maklumat tentang perkara berkaitan. Harap maklum.

Saturday, February 26, 2011

SISTEM SEMAKAN KELAYAKAN PROGRAM UPU

Perhatian kepada lepasan calon SPM dan STPM yang ingin menyambung pelajaran di IPTA. Kini anda tidak perlu bersusah payah memikirkan apakah kursus yang sesuai dengan keputusan peperiksaan yang anda perolehi. MOHE telah menyediakan satu ruangan portal khas untuk para calon memeriksa kelayakan program berdasarkan keputusan peperiksaan. Portal tersebut bolehlah dilawati di http://imascu.upu.mohe.gov.my/index.php atau di bahagian semakan permohonan di dalam blog ini.

Wednesday, February 16, 2011

KURSUS KEPIMPINAN 2011





Pada 12 Februari 2011, satu program kursus kepimpinan telah diadakan untuk organisasi kepimpinan pelajar SMK. Elopura. Program ini telah disertai oleh pemimpin pelajar dari Badan Pengawas, MAPPTEE, PRS, Briged Siber, Pusat Sumber, SPBT, Asrama dan Ketua Tingkatan. Program ini telah dilaksanakan dengan jayanya. Salah satu program yang telah diikuti oleh pelajar ialah aktiviti simulasi penugasan. Diharapkan program ini dapat membentuk jati diri pelajar sebagai pemimpin sekolah dan memantapkan lagi kepimpinan pelajar SMK. Elopura

PERLANTIKAN PRS 2011




Pada 24 Januari 2011, satu majlis perlantikan ahli PRS tahun 2011 telah diadakan. Majlis ini telah dilaksanakan semasa perhimpunan rasmi sekolah. Tahniah diucapkan kepada para pelajar yang terpilih menjadi ahli PRS untuk tahun 2011. Semoga dengan perlantikan ini akan membantu para pelajar menjadi lebih cemerlang.

Tuesday, January 18, 2011

SEMAKAN TAWARAN TINGKATAN 4 SEKOLAH BERASRAMA PENUH

Makluman kepada para pelajar lepasan PMR Tahun 2010. Anda boleh menyemak nama untuk mengetahui anda ditawarkan tingkatan 4 di sekolah berasrama penuh. Semakan itu bolehlah dibuat di http://apps.moe.gov.my/sbpt4/semakan_sbpt4_2011/ atau di ruangan semakan permohonan di blog ini.

Monday, January 17, 2011

BIASISWA HONDA DREAMS FUND

Makluman ini ditujukan kepada calon-calon SPM dan STPM tahun 2010 SMK. Elopura untuk memohon Biasiswa 'Honda Dreams Fund'. Syarikat Honda di bawah inisiatif Kedermawanan Global Honda telah mewujudkan projek "Pembangunan Sumber Manusia melalui Pendidikan Dan Latihan untuk Remaja Malaysia". Dalam memohon biasiswa ini, pelajar perlu melengkapkan esei di bawah dalam kertas A4 dengan tidak melebihi 500 patah perkataan : "Honda Dreams Fund adalah peluang yang saya nanti-nantikan untuk merealisasikan impian saya. Sejak kecil, saya sentiasa bercita-cita untuk menjadi..............". Permohonan mesti dihantar tidak lewat daripada 31 Mac 2011 bersama-sama dokumen-dokumen yang diperlukan. Bagi pelajar-pelajar yang berminat untuk memohon biasiswa ini, bolehlah berjumpa dengan kaunselor di Pejabat Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK. Elopura untuk mendapatkan borang permohonan. Untuk maklumat lanjut bolehlah melayari www.honda.com.my/hdf

Sunday, January 16, 2011

PENTINGNYA KEMAAFAN

(Gambar hiasan)

Sebagai seorang manusia yang baik, kita memerlukan hati yang baik. Hati yang baik itu adalah cerminan sifat manusia. Untuk mempunyai hati yang baik bukanlah perkara yang susah untuk dicapai. Antara pembersih hati adalah mempunya sifat kemaafan. Memaafkan seseorang itu adalah sifat yang perlu ada dalam diri setiap manusia. Hati resah dan gelisah adalah hati yang tidak tenang. Apabila kita rasa kita telah melakukan kesilapan dan kesalahan sesama insan, pohonlah kemaafan. Tidak rugi kita meminta maaf kerana ia adalah pengubat kepada jiwa kita.

MINGGU ORIENTASI 2011

Pada 10 hingga 14 Januari 2011, Minggu Orientasi untuk seluruh pelajar Elopura telah diadakan. Program ini telah dianjur dan diselaraskan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling. Objektif orientasi ini diadakan adalah untuk :
• Meningkatkan budaya ilmu di kalangan pelajar
• Mendedahkan pelajar dengan persekitaran dan budaya sekolah.
• Meningkatkan kemahiran kendiri pelajar.
Selain itu juga di dalam minggu orientasi ini juga telah dijalankan "OPS SMART CUT". Di harapkan agar program ini dapat memberi natijah yang baik dan berkesan kepada kumpulan sasaran dan seterusnya dapat mencapai objektif yang diharapkan.




Wednesday, January 12, 2011

PROGRAM DITANGGUH PENDAFTARAN 2011





Satu program khas telah diatur untuk pelajar-pelajar yang ditangguhkan pendaftaran tahun 2011. Objektif program ini adalah untuk menguatkuasakan tatacara adab pelajar, memberi maklumat kepada waris tentang kepentingan kehadiran dan disiplin murid serta akujanji pelajar yang terlibat dalam program ini. Pelajar-pelajar yang terlibat dalam program ini adalah di kalangan pelajar yang tidak memenuhi standard ke sekolah dalam tahun 2010 seperti ketidakhadiran, melanggar disiplin dan terlibat dengan salahlaku jenayah. Program ini adalah program khas pengetua dengan kerjasama Unit Bimbingan & Kaunseling dan Unit Disiplin. Program ini berlangsung selama seminggu bermula dari 3 hingga 7 Januari 2011.

BLOG UBK KEMBALI BERFUNGSI

Salam kasih sayang kepada semua warga Elopura. Blog UBK Elopura telah kembali berfungsi seperti biasa. Bilik UBK Elopura telah berpindah ke blok dan bilik yang baru. Oleh yang demikian, warga Elopura dialu-alukan untuk melawat bilik UBK yang baru. Harap maaf sekiranya berlaku kekurangan sepanjang tempoh tahun 2010.