Sunday, February 28, 2010

TAHNIAH

Sekalung tahniah dan syabas kepada semua calon STPM 2009 yang telah mendapat keputusan yang cemerlang. Inilah hasilnya jika kita berusaha bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu. Jika berusaha dengan lebih, hasil yang akan diperolehi juga akan lebih. Begitu juga sebaliknya. Di sini dinyatakan 10 orang pelajar (Top Ten Ranking) yang mendapat keputusan tertinggi dalam STPM 2009. Mereka ialah Harianti Hakim, Lailatul Hadha Abdul Latif, Rusdi Chodeng, Nur Janna Lidu, Suriadi Abdu Rauf, Nurul Aini Maidin, Izanfarhani Aqilah Ahmad Sabong, Asuhaidah Ag. Bakar, Juraidah Sintang, Norshima Masrip, Juliana Ninring dan Sitti Roffinah Idris.

Wednesday, February 24, 2010

Autism

A disorder in childhood characterized by failure to relate to others, lack of speech, disturbed motor behaviors, intellectual impairment anda demands for sameness in the enviroment.

Antisocial Personality Disorder

A type of personality disorder that is characterized by a chronic pattern of antisocial and irresponsible behavior and lack of remorse. Also referred to as psychopathy and sociopathy.

Tuesday, February 23, 2010

DEBARAN STPM

Hanya tinggal 2 hari sahaja lagi keputusan STPM akan diumumkan. Mungkin calon-calon STPM 2009 berdebar-debar menantikan keputusan itu. Pesanan pihak UBK kepada calon ialah redha dengan keputusan yang akan diperolehi. Jika ada kekurangan dalam keputusan itu jangan anggap ia sebagai penamat perjuangan dalam pelajaran. Masih ada ruang untuk memperbaikinya. Bagi yang mendapat keputusan yang baik, teruskan usaha dalam menjadikan diri itu sebagai insan yang berjaya dan berguna kepada agama, bangsa dan negara. Apapun, keputusan yang akan diumumkan itu adalah hasil usaha dan lelah kita dalam menimba ilmu.

Monday, February 22, 2010

Kecelaruan Menulis

Kecelaruan menulis adalah ketidakmampuan seseorang dalam aspek penulisan. Ketidakmampuan ini berlaku pada peringkat umur yang tidak sepatutnya iaitu kemampuan menulis seseorang itu lebih rendah daripada kemampuan yang sepatutnya dimiliki pada umur, peringkat persekolahan dan peringkat kebijaksanaan. Kecelaruan menulis secara saintifiknya dinamakan sebagai DISGRAFIA.

Kecelaruan Matematik

Kecelaruan matematik adalah ketidakmampuan seseorang dalam aspek kira-kira dan aritmetik. Ketidakmampuan ini berlaku pada peringkat umur yang tidak sepatutnya iaitu kemampuan matematik seseorang itu lebih rendah daripada kemampuan yang sepatutnya dimiliki pada jangkaan umur, peringkat persekolahan dan peringkat kebijaksanaan. Kecelaruan matematik secara saintifiknya dinamakan sebagai DISKALKULIA

Kecelaruan Membaca

Kecelaruan membaca adalah ketidakmampuan seseorang dalam aspek pembacaan. Ketidakmampuan ini berlaku pada peringkat umur yang tidak sepatutnya iaitu kemampuan membaca seseorang itu lebih rendah daripada kemampuan yang sepatutnya dimiliki pada jangkaan umur, peringkat sekolah dan peringkat kebijaksanaan. Kecelaruan membaca secara saintifiknya dinamakan sebagai DISLEKSIA

Sunday, February 21, 2010

TARIKH KEPUTUSAN STPM 2009

Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengumumkan bahawa tarikh keputusan Peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia 2009 akan dikeluarkan pada 25 Februari 2010.

Kaunseling

Satu aplikasi kesihatan mental berdasarkan prinsip-prinsip psikologikal atau perkembangan manusia melalui kognitif, afektif, tingkah laku dalam bentuk intervensi atau strategi secara sistematik yang berkaitan dengan kesejahteraan, perkembangan peribadi atau perkembangan kerjaya dan juga patologi

The application of mental health, psychological or human development principles, through cognitive, affective, behavioral or systemic interventions, strategies that address wellness, personal growth or career development, as well as pathology.

(American Counseling Association)