Saturday, October 6, 2012

PROGRAM MOHON RESTU ILMU CALON PMR 2012










Program Mohon Restu Ilmu Khas untuk Calon PMR 2012 telah diadakan pada 05 Oktober 2012 bertempat di Dewan Persona SMKE. Program dimulakan dengan taklimat dan slot motivasi oleh guru bimbingan & kaunseling. Penyampaian cenderahati berupa alat tulis disempurnakan oleh YDP PIBG, En. Salamun Ali. Pelajar bersalaman bersama ibu bapa dan guru-guru untuk memohon restu sebelum menduduki peperiksaan PMR pada minggu hadapan. Seterusnya, pelajar diberi jamuan ringan dan makan bersama-sama di dalam dewan. Program diakhiri dengan aktiviti Solat Hajat Perdana dan Bacaan Yasin.

Slot Motivasi calon PMR

25 September 2012 (Selasa), Unit Bimbingan & Kaunseling menjalankan sesi motivasi kepada calon PMR 2012. Sesi tersebut bermula jam 7.40 pagi sehingga 10.20 pagi. Dimulakan dengan LDK bertajuk 'Menara Impian', seterusnya diakhiri dengan slot motivasi bersama pengetua, Pn. Hajjah Kalsom Hj. Abd Aziz.

Kerjasama membina menara impian


Menara yang hampir siap

menara daripada alat tulis



menghayati ceramah pengetua