Sunday, March 21, 2010

SEBARANG PERTANYAAN

Selain penggunaan ruangbual (chatroom), blog ini juga menyediakan ruangan borang mesej. Kepada pelawat blog ini, sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan yang mungkin tidak mahu dikongsi melalui ruang bual, anda bolehlah menghantar sebarang persoalan untuk dikemukakan kepada blogmaster. Sebarang persoalan yang dikemukakan akan dihantar terus kepada email rasmi blog ini dan akan dibalas jawab terus kepada email anda. Semua persoalan adalah sulit dan rahsia mengikut etika kerahsiaan kaunseling. Harap maklum.

KEMASKINI PERMOHONAN

Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi permohonan ke IPTA melalui UPU akan ditutup. Oleh yang demikian, calon-calon SPM dan STPM 2009 yang memohon ke IPTA diminta untuk menyemak dan mengemaskini permohonan masing-masing agar tiada kesilapan yang dilakukan dalam data yang diisi agar tidak menjejaskan peluang untuk mendapatkan tempat di IPTA. Selain itu juga, calon-calon SPM 2009 yang memohon Kursus Pendidikan Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (KPLSPM) agar menyemak dan mengemaskini permohonan masing-masing kerana tarikh tutup permohonan semakin hampir. Harap maklum.

Tuesday, March 16, 2010

BANTUAN KEWANGAN

Perhatian kepada semua calon lepasan SPM dan STPM 2009. Sila rujuk bahagian TAJAAN/BIASISWA/PINJAMAN di dalam blog ini untuk mendapatkan maklumat tentang bantuan kewangan.

MELANJUTKAN PELAJARAN

Perhatian kepada semua calon lepasan SPM dan STPM 2009. Sila isi permohonan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang akademik atau kemahiran jika anda masih dahagakan ilmu. Sila rujuk di ruangan PELUANG MELANJUTKAN PELAJARAN untuk mendapatkan info yang terkini.

Sunday, March 7, 2010

KEPUTUSAN SPM 2009

Adalah dimaklumkan bahawa keputusan SPM Tahun 2009 akan diumumkan pada 11 Mac 2010 (Khamis). Oleh yang demikian, calon-calon SPM 2009 boleh mengambil keputusan masing-masing di sekolah.