Saturday, October 6, 2012
PROGRAM MOHON RESTU ILMU CALON PMR 2012
Program Mohon Restu Ilmu Khas untuk Calon PMR 2012 telah diadakan pada 05 Oktober 2012 bertempat di Dewan Persona SMKE. Program dimulakan dengan taklimat dan slot motivasi oleh guru bimbingan & kaunseling. Penyampaian cenderahati berupa alat tulis disempurnakan oleh YDP PIBG, En. Salamun Ali. Pelajar bersalaman bersama ibu bapa dan guru-guru untuk memohon restu sebelum menduduki peperiksaan PMR pada minggu hadapan. Seterusnya, pelajar diberi jamuan ringan dan makan bersama-sama di dalam dewan. Program diakhiri dengan aktiviti Solat Hajat Perdana dan Bacaan Yasin.
Slot Motivasi calon PMR
25 September 2012 (Selasa), Unit Bimbingan & Kaunseling menjalankan sesi motivasi kepada calon PMR 2012. Sesi tersebut bermula jam 7.40 pagi sehingga 10.20 pagi. Dimulakan dengan LDK bertajuk 'Menara Impian', seterusnya diakhiri dengan slot motivasi bersama pengetua, Pn. Hajjah Kalsom Hj. Abd Aziz.
Kerjasama membina menara impian |
Menara yang hampir siap |
menara daripada alat tulis |
menghayati ceramah pengetua |
Monday, May 14, 2012
Program Sayangi Hidup Elak Dadah Selamanya...
Program ini berjalan selama 3 hari 2 malam bermula daripada 11 hingga 13 April 2012 bertempat di Kompleks Sukan. Agensi Anti Dadah daerah Sandakan merupakan penganjur program dengan kerjasama PPD sandakan. Pelajar telibat Nur Rashida (3.1), Nur Elyza (3.1), Nancy (4.6) dan Niniati (2.6). Antara aktiviti yang dijalankan Ice Breaking, ceramah dan riadah. Kesemua aktiviti memberi banyak input, menarik dan seronok.
Tuesday, May 1, 2012
Thursday, April 19, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)