Tuesday, February 23, 2010

DEBARAN STPM

Hanya tinggal 2 hari sahaja lagi keputusan STPM akan diumumkan. Mungkin calon-calon STPM 2009 berdebar-debar menantikan keputusan itu. Pesanan pihak UBK kepada calon ialah redha dengan keputusan yang akan diperolehi. Jika ada kekurangan dalam keputusan itu jangan anggap ia sebagai penamat perjuangan dalam pelajaran. Masih ada ruang untuk memperbaikinya. Bagi yang mendapat keputusan yang baik, teruskan usaha dalam menjadikan diri itu sebagai insan yang berjaya dan berguna kepada agama, bangsa dan negara. Apapun, keputusan yang akan diumumkan itu adalah hasil usaha dan lelah kita dalam menimba ilmu.

No comments:

Post a Comment